Sunday, November 30, 2008

Next please.....

Sape lagi pasni?Liverfool? hehehehhehee




Man U dah kena tembak dah...2-1, Chelsea pun dah kena 2-1 gak..pasni Liverfool lah kena plak hahahahahahahahahahahahahahahahhaa

Wednesday, November 26, 2008

Penempatan baru....

Di suatu petang yg hening, kelihatan dua teman baik sedang menyusuri sungai.

Kutu Air: Cik Tak,aku rasa baik kita pergi mencari penempatan baru?

Katak:Bgs gak idea ko tu, Cik Tu.Aku pun dah tak tahan dengan pencemaran sisa2 kilang dan tahi2 Cik Bi. Bilalah agaknye Karam Singh Walia nak laporkan di tv.

Kutu Air:Itulah Cik Tak,apa kata terus menyusuri sungai ini terus ke hulu.Manalah tau ada penempatan yg sesuai utk kita.

Maka dua sahabat itupun menyusuri sungai sambil2 melihat jika terjumpa penempatan yg sesuai bagi mereka.Sampi di hulu sungai...

Kutu Air: Cik Tak,ko nampak tak apa yg aku nampak.

Katak:Mana lah aku tau dowhhhh(Cik Tak lahir di KL so terpengaruh skit)

Kutu Air; Alah,ko nampak tu.Ada lubang kecil yg dipenuhi semak2 tu.Aku rasa tempat tu sesuai utk kita

Katak:O yg tu kah?Ngam sudah tu...So apa kata aku lepak kat sini dan ko pegi mengusya tempat tu

Kutu Air:Ok..Selam n jalan terus.

Kutu Air pun terus berjalan ke arah lubang kecil itu dan masuk.Kedaan lubang yg agak gelap dan kecil dipenuhi semak.Tp di dalamnya,keadaan lembab dan sejuk tapi tiada cahaya.

Selang beberapa minit,kelihatan Kutu Air berlari dgn cemas dan badannya dipenuhi cecair pekat kekuningan.

Katak: Apa kes ni Cik Tu.Kelam kabut je aku tgk ko ni.Wassup Bro?

Kutu Air: Aduhhh..tak sesuai tempat tu utk kita ni.Bahaya...

Katak:Ngape plak Cik Tu,aku tgk dr jauh mcm ok je

Kutu Air: Mula2 mmglah ok.Tp bila aku dah masuk td,tiba2 dtg ular besar .Ular ni pelik.Takde mata,kepalanye licin dan mulutnye lebar.Takut siottttt.

Katak:Mcm bahaya je ular tu.Lepas tu..citerlah lagi.Aku tgh excited ni.

Kutu Air: Pastu,yg peliknye,ular ni kuar masuk sambil cuba menggigit aku walaupun mulutnye tak terbuka.Dia patuk kanan,aku alih.Dia patuk kiri,aku kalih kanan.

Katak:Handal gak ko ni Cik Tu.Bagus ni kalau aku dpt belajar dari ko.

Kutu Air:Bagus kata ko..Bila ular tu tak dpt patuk aku,last2 dia ludah kat aku.Perkhhh dia punya bau.Masyhukkkkkk.Dah lah masyhukkk,pekat pulak tu.

Katak:Hebat gak ular ni.Ada senjata rahsia plak. Pastu...citer arr

Kutu Air:Pastu,ular tu pun keluar dan hilang ntah kemana.Bila aku tgk camtu,tu yg aku terus lari tu.

Katak:Aduhh nampaknye tak sesuai gaklah tempat tu utk kita.Ayuh lah kita mencari tempat yg baru.

Lantas,kedua sahabat baik tu pun beredar

Sekian

(dipetik dr 2 sahabat yg berada di alam alam khayalan kesan dari sayur-sayuran hijau dan segar)

Tak paham?Lu pikirlah sendiri.

Tuesday, November 18, 2008

ayah dan ibu...

Kerinduan....
Dah berkali2 aku try call tp tak pat..betul ke no ni ek? +966543199023..balik2 dgr suara pak arab ni...ntah mende dia ckp.

Apa agaknya mak ngan abah aku buat skrg ni...sihat ke diaorg?agak2nya skrg ni kat sana pkl brape?harap suma ok lah

Beg ni aku dah booking awal2 lagi..hehehhe


Beg ni xde sape nak booking lagi..hehehhee


Hensem tak?Cantik tak?Apa?gambar kecik sgt ek?OooOO korang tak perasan..xpe ni gambar besar skit






Cantik dan hensem kan.Nilah asal usul aku.

Couple of the year

Tuesday, November 11, 2008

Kenikmatan Yang Sebenar...

Selama 28tahun barulah ku merasai kenikmatan sebenar.Kenikmatan yang tiada tandingannya. Kenikamatan yang dianugerah Allah di muka bumi ini.

Alhamdulillah kerana ku berpeluang merasai kenikmatan ini.Kehebatannya yang tak terkata. Di bawa ikhlas dan terus ladang tp kalau mahukan yang lebih segar,bukan kupas tp bancuhlah sendiri.




Kedai MMK Tempat yg 'biasa' merasai kenikmatan


Tempat Sebenar Kenikmatan




Bergambar di tempat puncanya kenikmatan








Dan




-




-




-




-




-




-




-




-

Inilah kenikmatan tiada tandingan



Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam

Punyalah sedap sampi 2 gelas aku balas.Yang pasti, aku akan kembali utk merasai kenikmatan ini semula.

Saturday, November 8, 2008

Gedung senjata versus Syaitan Merah

Emirates Stadium,England, 12:45 UK
Arsenal 2 - 1 Man Utd




Kepuasan.Itu yg mampu aku katakan tatkala melihat secara langsung perlawanan klasik antara 2 team yg terhebat di England. Disini aku ingin berkongsi dgn korang saat2 yg manis aku di Emirates Stadium.




12:01 UK - Aku dan isteri bersiap-siap menuju ke Emirates Stadium.Mengikut kata kawanku, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1jam dari tempat aku menginap.Tengah siap2 berkemas,kawan baikku..Mr Wenger call dan berbincang ttg perlawanan yg akan diadakan.

Berikut adalah perbualan yg sempat aku share ngan korang



Wenger:Camno mlm ni?den risau boto lah mlm ni..Adoyaii..dah lah ramai tak bulih main ni

Aku:Alah..rilek lah..xdo hal lah,kito try dulu.Den raso bulih monang lah..ekau ni kelam kabutlah

Wenger:Bukan apo,den ni sogan lah kalau kalah ngan team cap ayam ni.Den kalau kalah ngan Stoke City tu xdo hal eh.Ini ngan Setan Merah ni.

Aku:ek eleh..poyolah ko.Ko ikut yo plan kito dulu tu.Letak sorang je striker.Den raso bulih monang.

12:20 UK - Aku dan isteri smpi di perkarangan Emirates Stadium.Besar giler stadium ni.Patutlah diaorg ni mantap main bola.Bukan setakat stadium.Suma ada kat sini.Ada muzium,ada shopping complex dan mcm2 lah.Aku sempat singgah di muzium yg dipanggil The Arsenal Museum. Harga utk masuk ke muzium ni lebih kurang 3pound.Ni aku share ngan korang gambar yg sempat aku amik.




12:35 - Aku dan isteri masuk ke stadium.Umah aii..ramai giler org.Bising usah katalah. Aku ddk kat belakang gol lawan.Aku nak tgk jaringan membolosi gawang Setan Merah nanti.Hehheehee.Mmg cantik pemandangannya.Ini gambar yg sempat aku amik.


12:45 UK - Kickoff. Mmg best tgk diaorg main bola.Arsenal ni mmg mantap.Aku ddk jauh so tak nampak sgt.api aku cukup puas hati pengalaman yg berharga ni.Terima kasih kepada Mr Wenger yg sudi jemput dan bagi semua kemudahan kat aku.Hehehehee

Minit ke 22 - pemain Arsenal Samir Ngasri menjaringkan gol.Mak aiii gegak gempita stadium tu dibuatnye.Rasa mcm nak pecah telinga aku. Ni gambar aksi Samir Ngasri menjaringkan gol awal yg diberikan oleh Wenger kepada aku.


Mmg dahsyat mamat ni.Dia ni kiri kanan hidup kaki dia.Mantap arr.Aku konfiden mesti menangnya.Steadyy arrr Arsenal.

Minit ke 48(2nd half) - Pergerakkan cantik dari Fabregas melorongkan bola kepada Samir Ngasri yang tak dikawal.Samir Ngasri mengontrol bola dan meldakkan rembatan yg mengakibat GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL GOLLLLLLLLLLLLL...Perkhhhhhhh mantap Arsenal.


Ni gambar dia berlari ke arah penyokong.



Kalu korang perasan,gambar aku ada kat belakang tu.Actually,gambar ni kat belakang belah tepi pintu gol.Korang nampak tak gambar aku. Aku pakai cap warna merah (kanan atas). Nampak tak?

Perkhhhh mmg best tgk bola kat sini.Mmg berbeza ngan kat Malaysia. kalau kat Malaysia best camni.Xdelah aku susah2 nak flight g tgk bola kat England ni.Hehehehhee

Akhir kata dari aku..MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Thursday, October 23, 2008

Hari Jumaat, bisnes ada on ke?

Sempena hari jumaat ni,aku teringat dulu2 ada satu bisnes yang ter hot yg lazimnya ada pada hari Jumaat.
Bisnes ini biasanya dilakukan secara berkumpulan utk lebih seronok dan juga boleh dilakukan secara individu.


Nama Bisnes:Jual Ais Krim

Lokasi: Keramat dan Taman Melati(lokasi baru setelah berpindah dari Mahalah Bilal)
Jenis2 aiskrim:--seperti gambar di bawah--







Skrg ni,bisnes ni berkurangan akibat tidak mendapat sambutan.Tapi dipercayai masih wujud tetapi lokasinya tidak pasti.Apakah di Shah Alam,Saujana Impian,Ampang,Port Dickson,Seremban,Nilai,Taman Melati,Bukit Jalil atau Keramat?Hanya dia dan bisnes partner dia je yg tahu...

Tuesday, October 21, 2008

Asal usul dan peristiwa kaf alif zal ya ba

Korang tau apa kaf alif zal ya ba (betul ke tak jawi aku ni)kalau di baca adalah K.A.Z.I.B. Korang paham apa maksud kazib. So, entry ini aku nak bgtau dan mengupas lanjut mengenai K.A.Z.I.B. Bukan masalah dan bukan dongengan.Tapi kerap kali menghantui kita.Apa kejadahnye ini?mari sama2 kita menyelami dan merungkaikan makna dan asal usul K.A.Z.I.B

KAZIB adalah kata pinjam arab yg telah dimelayukan. KAZIB adalah perbuatan atau fe - el yakni bukan isim(nama). Pelaku KAZIB atau maf-ul nye(bahasa arab) juga digelar KAZIB.
Kazib adalah merujuk kepada perbuatan berbohong tetapi bukan berbohong sunat atau apa.

Ianya merujuk kepada berbohong dengan selambanya.Berbohong yang diyakini kebenarannya. Cnthnye: "Ko kenal tak mamat yang mengaku nama sbgi kul tu? dia menjawab."a'ah lah,aku pun tertanya2 sapelah agaknya mamat Kul tu"menjawab dgn selamba dan serius sambil meneguk air kickappo.Dgn penuh yakin menjawab dan sedar tak sedar 2 org telah tertipu di situ.

Apakah perbuatan kazib ini menyakitkan hati?jawapannya tidak.Kalau yg emo tu,xtaulah kan.Tp tabiat kazib ini menjadi satu hobi atau kegemaran kepada pelaku atau maf-ul nye.
Utk menuntut ilmu kazib ini, maf-ulnya dipercayai memerlukan 10-15tahun untuk mahir dan betul2 menguasai ilmu ini. Pengamal kazib ini mmg susah utk dikenali.

Dlm satu petikan 'al kazib minnal mahallah bilal ila kazib fi keramati' di war2 bahawa maf-ul kazib ini bergerak bersendirian.Meraka masuk di dalam kelompok masyarakat tanpa disedari.
Pernah dikabarkan,mmg ada seorang pengamal kazib yg tinggal di kawasan Gombak dahulu.Beliau kemudian berpindah ke Keramat dan kemudiannya menghilangkan diri.


Kepada pengamal kazib ini,awas anda dah dikantoikan.

petikan di atas tidak kena mengena dgn hidup dan mati.hanya gambaran penulis.