Monday, October 20, 2008
konpius....identiti bertukar
Tak smapi 5 minit,lrt pun smpi..Ni dah kali ketiga aku tggu,barulah dpt naik.Mcm biasa lah,time2 ni mmg sesak gler dlm lrt.Dgn selamba aku masuk n minah salih ni pun masuk gak.Dia berdiri betul2 sbelah aku.
Tp aku wat cool je. Kontrol macho aku.Aku perasaan mamat2 blkg aku ni sembang psl minah ni.Mesti dia jeles sbb aku dpt berdiri sbelah minah ni.Baru aku perasan yg minah salih ni,sama tinggi je ngan aku.
Sampi je kat Setiawangsa,aku usyar,minah salih ni mengeluarkan h/phone dia.Aku ak dgr sgt dia pakai bahasa apa w/pun aku tau aku hanya faham English je.Kalau dia ckp bahasa Belanda or menggunakan slang David Beckham,mampus aku tak faham
Alih2..sayup2 aku kedengaran suara dia .." Awak,cepatlah jemput saya,kat wangsa maju k"
Ek eleh..rupanya minah melayu.Tp apasal aku tgk mcm mat salih.Pastu aku dgr mamat2 yg kat blkg aku td pun,gelak tak ingatnye.Aku usyar muka minah td,merah pipi dia,malu kot.
Melayu yg nak jd minah salih.Mmg ada rupa tp kalau dia pandai speaking mesti menjadi kot lakonan dia tp..hehehhee.. bahasa melambangkan bangsa. peace.
Wednesday, October 15, 2008
Hari ini dalam sejarah
manalah diaorg pergi ni...aku gak yg kebosanan.

Ni cerita HOUSE. AMmg best citer ni.Klakar sbb dr House tu.Dia ni kira otailah. Dia ni kalau diagnos pesakit,main teka2 je..pastu suruh anak2 didik dia yang g check kan.Jgn smpi dia check..mmg parah nanti.Kiranya citer ni pengganti citer favourite aku Grey Anatomy.
Moral:Make sure g klinik,doktor yg check anda tu berjalan tanpa tongkat ek.Kalau tak..hehhee

Ni citer REAPER.Best gak citer ni.mamat yg belah kanan tu,jiwa dia kena jual oleh mak ayah dia kat syaitan nirr rajim(setan hensem pakai kot) dan sebagai balasan,dia kena kerja ngan syaitan tu utk tangkap penjahat yg lari dari neraka.Bodoh kan.Citer mcm ni pun bleh jual tp layan gak lah.Yang klakrnya..senjata yg dia gunakan tu.Pelik2 lah.Vacuum pun bleh guna tangkap roh yg lari dari neraka.Jgn korang gunakan vacum kat umah korang sudahlah.Tp nak try bleh gak.Mlm jumaat,bwk vacuum pastu pegi tepi kubur.Hehhehehee
Moral: Kalau dah mati,mana bleh hidup balik.Kalau nak hidup pun,make sure dunia masa tu tak guna vacuum ek.kalau tak wat letih je lari cari neraka.

ni plak citer Lipstick Jungle.oklah citer ni.Psl wanita2 yg hidup di kota ibukota dan di dunia yang fana ini.Tp aku selalu miss citer.Korang minat yg mana.Tp yg paling cun n seksi yg belah kiri tu.Yg rambut itam tu.Hehhehheee.
Moral:Jgn beli lipstik di hutan.Beli kat Watson pun ok.Mcm2 brand ada.
Mesti ramai yg suka citer ni kan.Ni citer Las Vegas.Layan citer ni.Hero dia yg tengah2 tu,Nama dia Danny. bukan Danny X-Factor ek.Ini Danny McCoy.Dia ni bekas askar.Berkisarkan kehidupan penuh hina dan dina serta pergolakan harian yang berlaku di Kasino Las Vegas ni.
Moral dia:Jgnlah berjudi.Kat kasino mat salleh ni,xde judi kuda.Yang ada hanya kat SS2 or Santos aja.
Ini citer mmg layan dowhhhh. Mantap giler.Hero paling cool dlm sejarah.Yang belah kanan sekali tu.Nama dia Lt. Horatio Caine.dia ni mmg cool.Aku paling suka aksi dia bila tiba2 dia muncul secara mengiring sambil menundukkan muka tepi penjahat.Sambil berdiri dia akan memusingkan kepala dan terus membuka spek mata itam dia tu.Pekhhhhh.Bleh cair beb.hehehehheee. Dlm citer ni,xde sape penjahat yg bleh terlepas.Suma mende bleh di kaji.Korang kalau nak wat jahat,mmg xde caralah.Bukti pasti akan diketahui.Kalau xde cap jari,mgkn korang terbersin dan dna korang akan melekat pd tingkap or bulu idung korang jatuh ke lantai.Mmg tak bleh lepas nya.
Monday, October 13, 2008
Bagus sangat ke?


-

Thursday, October 9, 2008
BERSENI YANG TAK BERSENI
Sejati..itu yang kau ucapkan...bila janji ku genggam... lagu nyanyian WINGS mendayu2 kedengaran.Bibirnya terkumat kamit mengikut bait-bait lirik lagu Sejati. Sudah 3 jam dia berbaring tapi masih tak mampu melelapkan mata. Macam2 bermain difikirannya.Esok semuanya akan berubah.Esok akan menjadi titik tolak kehidupannya. Yang pasti,apa yang berlaku esok,sungguh meresahkan hatinya.Sudah 29 tahun dia menempuh hidup.Pelbagai pahit getir yang telah dilaluinya namun apa yang berlaku esok tetap menimbulkan kebimbangan.
....Namun aku masih menggengam janji...tinggal kenangan... lagu SEJATI masih kedengaran.Dia sudah terlelap namun jelas kerisauan didahinya.Sudah pasti..tidurnya tidak lena.Sudah pasti,mimpinya tidah Seindah Mimpi Zulaikha
hehehehe..apalah aku mengarut..hehehhee....sorrylah sape yang baca ni.Aku rasa takde yg baca kot.Niat dihati nak tulis novel..maklumlah..aku kan tuantulis hehehhee..tapi macam biasa gagal ditengah jalan.
Dulu,kawan aku selalu kutuk aku ni CM(Central Market) sebab aku cuba berseni walaupun tak berseni. Banyak gak kad2 yang aku buat utk wife aku(masa awek dulu).Ntahlah..aku tau aku tak berseni tapi aku tetap teruskan agenda seni aku yang tak berseni ini.Biarlah Pendi kutuk aku CM,biarlah...aku tak kisah pun kalau Pop nak gelakkan aku. Aku tak kisah sbb aku tau aku tak berseni tapi tetap mahu berseni.Kalau aku Mat Seni(mat husni) lainlah.Tak perlu berseni sbb dah Mat Seni.
Sapelah yang wujudkan perkataan seni ni. S.E.N.I. cuba ulang byk kali.Mcm pelik gak.Ngape tak letak nama lain.Cthnye mcm M.E.J.A. Dan meja tu kita tukar jadi S.E.N.I
*Cth ayat: Jangan letakkan kaki di atas seni.
Melukis potret memerlukan hasil kerja meja yang tinggi.
Pelik ke?aku rasa tak pelik kalau kita selalu guna.
*Perhatian: tidak sesuai dibaca oleh pelajar2 yang lurus bendul.
Tuesday, October 7, 2008
Kaya Kah Aku?????
Aku bangun lantas menyalakan rokok.Ku tarik dalam-dalam dan ku lepaskan ke udara.Segar paru-paru aku dan baru ku yakin,aku tidak bermimpi.Nikotin yang masuk meyakinkan segala-galanya.Tanpa menghabiskan rokok,aku terburu masuk ke dalam rumah dan kembali ke kerusi malas aku.Aku kembali membuka surat yang sekian lama ku tenung.Berdebar-debar hati ku membukanya.Perlahan2 ku tarik kepingan cheque dan mata ku tertumpu pada nilainya. Mungkin ini rezeki.Atau mungkin kesilapan.Nilai rm1 juta itu terlalu besar untuk aku.
Sambil tersenyum,aku memanggil isteri ku yang sudah bersiap-siap hendak keluar. "Dah siap?Jom kita ke bank..kataku. Cheque bernilai rm1 juta ku pegang erat dan hatiku nekad untuk memasukkannya ke dalam akaun ku.Biarlah apa yang terjadi aku nekad untuk menggunakan wang itu.
Perjalanan ke bank terlalu jauh ku rasakan.Kereta terlalu banyak dan bergerak perlahan. Ada kemalangan agaknye,bisik hati ku. Perjalan yang biasa hanya 10 minit,memakan masa 1 jam. Taman Melewati ibarat perjalanan dari Gombak ke Seremban."Biarlah lambat.asalkan kita sampai"kata ku sambil tersenyum kepada isteri ku yang dari tadi bersungut-sungut. "Sayang nak beli apa lepas ni.Cakap je..biar abg belikan."ku tersenyum lebar.Perasaan bongkak sudah mula terbit.Syaitan sudah mula berbisik2 di cuping telingaku.
Sudah tiga hari aku memasukkan cheque rm1juta tu ke dalam akaunku.Tak sabar-sabar aku hendak melihat jumlahnya di dalam akaun CIMB ku. Petir sudah kedengaran dan aku sudah mencurahkan semua air ditempayan.Biarlah...peribahasa itu tidka menjadi padaku.Biar semua air aku curahkan dan aku pasti, akan ada gantinya.Wang rm1 juta akan aku belanjakan sebaik-baiknya.
Perodua Myviku meluncur laju menuju ke Taman Melewati. Rasa macam nak menjerit-jerit aku dalam kereta.Bukan gila tapi gembira.Rezeki datang tanpa diundang."Nasib baik tak ramai org kat bank ari ni.bisik ku. Bankcard merah ku keluarkan.Ku masukkan pantas dan tergesa2 aku memilih baki akaun.Aku terkejut...Apakah?Mengapakah?Mana perginya wang rm1juta tu.Aku menggosok mataku berkali. Aku terkebil-kebil melihat baki akaun yang hanya tinggal rm10.50. "aduhhhhhhh....ari ni baru 8hb.Lambat lagi gaji.Aku melangkah lemah ke kereta.
Monday, September 22, 2008
berPUASA..ASA...(final episode)
Dah 22 ari kita berpuasa.AKu tahun ni alhamdulillah, mcm tahun2 lepas gak..penuh lagi.Masih sabar lagi.
Tak sabar rasanya, lagi 4 hari je aku akan pulang ke Kuala Terengganu(kampung wife).Ini raya ke 2 aku beraya di terengganu.So mcm biasa mmg terdapat perbezaan raya org bujang dan raya org yg dah berumah tangga ni.Mestilah ada beza kan.Kalau xde beza tu mcm pelik plak.
Raya Bujang
1)Persiapan raya
Tak pikir sgt.Baju melayu mmg jarang beli,kalau beli pun,beli baju je.tp beli utk mak and abah tak lupa.Wajib tu.
2)Kuih raya
Ini lagilah.Takde dlm fikirang lgsg cuma kalau nak bersedekah atau telah diroger oleh akak.
Kalu beli pun,beli setakat 2 jenis je.Nak bagi kat mak.,hehehehee
3)Balik raya
Kalau bleh,selambat yang bleh.Paling lmbt,mlm raya.Atas alasan,saje je nak feel syahdu.Sbenarnye malas nak terawih kena paksa oleh abah je.Bukan aku taknak terawin tapi memang malas je.So kalau balik last2 minit ni,tak perlu solat terwaih dah.Hehehhehehe
4)Malam Raya
Mlm raya ni mmg best.Jumpa kawan2 lama.Dan as usual,kawan aku pasti akan meroger aku dan menjemput aku minum.Memang best dpt lepak2 ngan kwn2 lama.Aku rindu tul saat ni. Kalau kawan tak meroger,aku akan lepak kat umah Wan aku.Lepak ngan sepupu,main daun terup(bkn bejudi).Main kosong2 je.Hehhee
5)Pagi Raya
Bangun tak lah lambat sangat sebab sian ngan mak menjerit2 panggil kejut solat subuh.Balik lmbt so susah sikit nak bangun.baju melayu mcm biasa Aeh dah siap gosok.Tima kasih bertahun2 gosok baju.Ateh mmg amik kontrak gosok baju melayu.Sarapan di pagi raya mmg best sbb ada lemang,ketupat(kalau kat yati tak balik johor) dan rendang.Lemang dan rendang ni mmg feberat aku.Pas sarapan,salam dan minta maaf,bakar rokok dan pergi masjid.
Raya Org dah kawin
1) Persiapan raya
Perkhhh mmg dah plan lama dah.Baru puasa 3-4 hari.Baju raya sepasang dah siap.Samping semua dah ready.Baju raya at least sehelai t-shirt dan seluar pasti dibeli.Tapi biasa aku akan beli 2 helai baju dan 2 seluar.Sepasang nak pakai kat Terengganu and sepasang nak pakai kat Negeri Sembilan
2)Kuih Raya
Memang dah plan nak beli kuih raya.Untuk rumah terengganu berapa dan negeri sembilan berapa.Jenis kuih memang tak memilih.Semua boleh
3)Balik raya
Balik raya seawal yang mungkin.Atas alasan,banyak kerja nak wat.Nak tolong mak/mak mertua wat itu and wat ini.Biasalah,aku kan menantu kesayangan di terengganu dan anak yg soleh di negeri sembilan.Hehehehe.
4)Malam Raya
Duduk kat rumah je.Sembang2 ngan ipar duai sambil tolong diaorg siap2 kan apa yang patut.Nak keluar?ermmm tak tau nak g mana dan nak lepak ngan sape.Lepak umah jelah.
Tolong pasang langsir ke or tgk kan ketupat dlm periuk tu.Byk lagi keje nak buat.
5)Pagi Raya
Memang bangun awal gak.Dah ready awal2 untuk bersarapan dan ke masjid. Baju melayu,isteri yang gosok.Ateh nye kontrak dah tamat.Tp kalau kat negeri sembilan,atih masih menggosok baju abah dan adik.Rajin ateh.Hehheehheehe.Kalau kat terengganu,sarapan pagi, jarang jumpa lemang.Layan nasi dagang/nasi minyak dan sate.Kat ganu,mmg makanan berat2 suma.Mmg best utk menambahkan berat badan.
Kesimpulan,raya bujang or raya org dah kawin sama je.Berbeza tu biasalah.Hidup seorang dan hidup berdua,mestilah berbeza kan.Oklah..SELAMAT HARI RAYA SEMUA..MAAF ZAHIR BATIN
Wednesday, September 17, 2008
berPUASA..ASA...4
Takkan sbb roti kot.Lum expired lagi.Mggu lepas baru sakit perut sikit dah mc.Ni sakit giler2 tak cuti plak.Tak bleh mcm ari ni sbb nak wat claim.Rugi dowhhh.Malas nak tunda next month. Biar jelah perut ni yg penting esok gaji..yahoooooo
Sakit perut/cirit birit antara sakit yg paling tip top di bulan ramadhan ni.Ada yg wat2 sakit dan ada yg betul2 sakit.
Yang betul2 sakit berpunca:-
1)Mentedarah tahap sebulan tak jumpa nasi.Air tebu 1 jag.Nasi 2 pinggan.Lauk 3-4 jenis.Kuih usah cerita.Pastu sebelum g isap rokok,top up plak ngan teh tarik.Tp boleh sakit perut ke kalau mkn camni.Boleh kot.
2)Dah lah berbuka td mentedarah tak ingat smpi tak larat nak g terawih..sahur pun belasah lagi. Nasi 2 pinggan.Teh ais(mlm tdnye simpan dlm peti sejuk) 1/2 cawan.Kuih(balance mlm td). Air kosong 4-5 gelas.Pastu...terbaring..smpi nak g keje pun malas.
Yang pura2 sakit berpunca:-
1)dari no 2 yg betul2 sakit td cuma tambahan,pas sahur tdo pastu tak bgn2 dah smpi terdengar azan zohor.Baiknye mkn pastu baiknye layan tdo.Heheheheh.Pastu bgn siap2,naik keta g klinik.
Doktor: Sakit apa?
Si A: Sakit perut doktor.Tak taulah dah 4 kali buang air besar.Air kecik saya tak kira.Lama2 dah
xde air saya nak buang(pinjam skrip seniman bujang lapuk)
Doktor pun tekan2 perut,xde mende pun,angin pun xde.
Doktor:mgkn salah mkn ni.Mgkn byk mkn pedas.
Si A:ye kot doktor(sambil senyum pura2)
Doktor:ok,saya bagi ubat.Nanti berbuka jgn mkn pedas ok
Si A:ermmm saya nak mc bleh?dah pegi ofis td tp bos suruh balik(tak baik tipu tau)
Doktor:oklah
Si A:tq doktor(muka ceria)
heheheehe..mgkn kot.Aku pun tak tau.Ini bukan dari pengalaman>hanya dari imaginasi penulis.
Jgn salah faham pulak.Aku pekrja contoh,sakit perut pun dtg gak tp eosk cuti.Sbb tu ari ni semangat dtg keje.Esok,cuti dan gaji..mak aiii layan giler siottt.

