Monday, December 1, 2008

Kisah Sedihku....

Ya tuhanku...mengapakah terlalu berat dugaan yg Kau berikan padaku.Tak tertanggung rasanya.Namun aku sedar aku hanyalah....

Pada 25 Disember 1978,aku dilahirkan.Seingat aku,tiada deraian keriangan air mata ibu dan ayah disisiku. Kenapa ya tuhan?Adakah mereka tidak memerlukan aku.Apakah aku ini pembawa sial pada mereka.Jikalau itu,baik ko tarik saja nyawaku ini.

Aku hanya membesar di sebuah tempat yg kecil bersama teman2 senasib.Mereka juga sama.Terlalu daif utk mengenal erti hidup.Kami hanya diberikan sehelai pakaian yg sama. Mungkin sedekah dari mereka yg berhati mulia.Tapi tatkala itu,aku gembira.Aku bersyukur ke atas nikmat yg tuhan berikan ini.Cukuplah dgn adanya teman2 tanpa belaian kasih dan syg dari ayah dan ibu.

Tetapi,semua itu tidak lama.Belum sempat aku membesar,aku dibawa oleh penjagaku di suatu tempat yg baru.Tempat yg sederhana indahnya.Pada petang itu juga,sepasang suami isteri membawaku pulang.Aku gembira kerana diberikan pakaian baru sebelum mereka membawaku pulang.Cantik..berwarna warni dan berbunga.

Sampi sahaja dirumah,aku diberikan sebuah bilik kecil.Lengkap dgn katil,almari,meja dan sebagainya.Wahh bangga rasanya.Kehidupan inilah yg aku impikan.Aku ingatkan,aku tinggal seorang saja di bilik itu.Ternyata,ramalan ku tidak benar.Aku berkongsi bilik dgn anak mereka. Salman namanya.Aku tak kisah walaupun aku hanya tidur di atas meja.Tak apalah,asalkan Salman dan keluarganya melayan aku dgn baik.Aku diberikan sepenuh kasihsyg.

Terima kasih tuhanku kerana mengizinkan ku mengecapi nikmat hidup ini.

Segalanya berubah ketika aku mula ke sekolah bersama Salman.Salman dan kawan2nya memanggilku dgn nama gelaran yg pelik.Aku asyik diejek oleh kwn2 Salman.Steadler..steadler..berulang2 kali mereka mengejekku. Pelik nama itu tp aku tak peduli kerana aku diberikan peluang utk ke sekolah dan belajar seperti org lain. Ketika di dalam kelas,Salman ternyata berubah. Seperti sudah tiada kasih dan syg buatku.Ketika guru sibuk mengajar,Salman sibuk menggangguku.Badan ku asyik dicubit dgn kuat.Aku hanya mampu menangis. Sekali sekala,Salman,mengambil pisau lalu mengelar bdnku.Apakah dosaku padamu Salman.

kalau kau cemburu padaku,aku rela pergi dari kehidupanmu yg bahagia itu.Bukan niatku utk merampas kebahagianmu.Ya tuhanku.bantulah aku ini.hamba mu yg lemah ini.

Aapabila tamat waktu persekolahan,Aku masih bersama Salman.Wajahnya selamba seperti takde apa yg berlaku.Aku pun berdiam sendiri sepanjang perjalanan.Tetapi,apabila tiba di pertengahan jalan,Salman menolakku ke dalam longkang.Sakitnye hanya tuhan yg tau.Aku redha yg tuhan dgn dugaan ini.

Aku ditinggalkan sendirian,terbaring kaku,lemah dan tiada berdaya.Mgkn tiada siapa lagi yg kasihan ada diriku ini.Yg aku mampu,hanya menjerit2 meminta belas dan bantuan.Namun seperti tiada yg dengar jeritanku.Ya tuhanku..aku bersyukur pada dugaan berat yg kau kerniakan padaku.aku tidak menyesal kerana aku sempat menikmati secebis kasih syg dari keluarga angkatku dan Salman.

Apalah yg mampu aku lakukan kerana aku sedar aku hanyalah sebatang pensil Steadler.....