Assalamualaikum....
Dah 22 ari kita berpuasa.AKu tahun ni alhamdulillah, mcm tahun2 lepas gak..penuh lagi.Masih sabar lagi.
Tak sabar rasanya, lagi 4 hari je aku akan pulang ke Kuala Terengganu(kampung wife).Ini raya ke 2 aku beraya di terengganu.So mcm biasa mmg terdapat perbezaan raya org bujang dan raya org yg dah berumah tangga ni.Mestilah ada beza kan.Kalau xde beza tu mcm pelik plak.
Raya Bujang
1)Persiapan raya
Tak pikir sgt.Baju melayu mmg jarang beli,kalau beli pun,beli baju je.tp beli utk mak and abah tak lupa.Wajib tu.
2)Kuih raya
Ini lagilah.Takde dlm fikirang lgsg cuma kalau nak bersedekah atau telah diroger oleh akak.
Kalu beli pun,beli setakat 2 jenis je.Nak bagi kat mak.,hehehehee
3)Balik raya
Kalau bleh,selambat yang bleh.Paling lmbt,mlm raya.Atas alasan,saje je nak feel syahdu.Sbenarnye malas nak terawih kena paksa oleh abah je.Bukan aku taknak terawin tapi memang malas je.So kalau balik last2 minit ni,tak perlu solat terwaih dah.Hehehhehehe
4)Malam Raya
Mlm raya ni mmg best.Jumpa kawan2 lama.Dan as usual,kawan aku pasti akan meroger aku dan menjemput aku minum.Memang best dpt lepak2 ngan kwn2 lama.Aku rindu tul saat ni. Kalau kawan tak meroger,aku akan lepak kat umah Wan aku.Lepak ngan sepupu,main daun terup(bkn bejudi).Main kosong2 je.Hehhee
5)Pagi Raya
Bangun tak lah lambat sangat sebab sian ngan mak menjerit2 panggil kejut solat subuh.Balik lmbt so susah sikit nak bangun.baju melayu mcm biasa Aeh dah siap gosok.Tima kasih bertahun2 gosok baju.Ateh mmg amik kontrak gosok baju melayu.Sarapan di pagi raya mmg best sbb ada lemang,ketupat(kalau kat yati tak balik johor) dan rendang.Lemang dan rendang ni mmg feberat aku.Pas sarapan,salam dan minta maaf,bakar rokok dan pergi masjid.
Raya Org dah kawin
1) Persiapan raya
Perkhhh mmg dah plan lama dah.Baru puasa 3-4 hari.Baju raya sepasang dah siap.Samping semua dah ready.Baju raya at least sehelai t-shirt dan seluar pasti dibeli.Tapi biasa aku akan beli 2 helai baju dan 2 seluar.Sepasang nak pakai kat Terengganu and sepasang nak pakai kat Negeri Sembilan
2)Kuih Raya
Memang dah plan nak beli kuih raya.Untuk rumah terengganu berapa dan negeri sembilan berapa.Jenis kuih memang tak memilih.Semua boleh
3)Balik raya
Balik raya seawal yang mungkin.Atas alasan,banyak kerja nak wat.Nak tolong mak/mak mertua wat itu and wat ini.Biasalah,aku kan menantu kesayangan di terengganu dan anak yg soleh di negeri sembilan.Hehehehe.
4)Malam Raya
Duduk kat rumah je.Sembang2 ngan ipar duai sambil tolong diaorg siap2 kan apa yang patut.Nak keluar?ermmm tak tau nak g mana dan nak lepak ngan sape.Lepak umah jelah.
Tolong pasang langsir ke or tgk kan ketupat dlm periuk tu.Byk lagi keje nak buat.
5)Pagi Raya
Memang bangun awal gak.Dah ready awal2 untuk bersarapan dan ke masjid. Baju melayu,isteri yang gosok.Ateh nye kontrak dah tamat.Tp kalau kat negeri sembilan,atih masih menggosok baju abah dan adik.Rajin ateh.Hehheehheehe.Kalau kat terengganu,sarapan pagi, jarang jumpa lemang.Layan nasi dagang/nasi minyak dan sate.Kat ganu,mmg makanan berat2 suma.Mmg best utk menambahkan berat badan.
Kesimpulan,raya bujang or raya org dah kawin sama je.Berbeza tu biasalah.Hidup seorang dan hidup berdua,mestilah berbeza kan.Oklah..SELAMAT HARI RAYA SEMUA..MAAF ZAHIR BATIN
Roblox Hack Demonstration
4 years ago