Sebelum ape2 aku nak gelak dulu sbb tajuk nie kelakar..hehehhehehhee
Politik..aduhhh busanlah citer psl politik tp inilah topik paling hangat mengalahkan gossip artis.Kalau sembang bab politik ni,dari pagi smpi petang kita boleh lepak di kedai mamak berbekalkan berkotak2 rokok dan bergelas-gelas teh tarik.Memamg asyik dan leka bila kita bersembang pasal politik.
Biasanye untuk membincangkan bab politik ini memerlukan dua orang.Kalau sorang pun boleh tp nanti apa pulak org ckpkan..Dua org itu hendaklah dua individu yang minat politik dan waras pemikirannya.Kalau sorang waras dan sorang tak waras,susah plak.
Dua individu ini samada satu satu parti politik atau berlainan parti politik.Maka lengkaplah utk membincang topik politik.Tapi sebelum itu.."mamak..teh tarik cinnadey dua,kasi tarik lebih skit"..ahahhahaa baru lengkap...
Maka,bersembanglah dan berbincanglah dua individu itu tentang masalah2 negara,kehendak2 rakyat,masa depan dan hala tuju negara dan pelbagai al-kisah keburukan dan kebaikan.Lepas sebatang,sebatang lagi rokok di bakar,lepas segelas,segelas lagi teh tarik di tambah namun penyelesaian untuk pelbagai masalah2 dalam negara belum ada penghujungnye..Hehehehhee...
Adakah mereka itu membazir masa?atau inikah sebenarnye pemimpin masa depan negara atau adakah mereka itu rakyat2 yg berjiwa sensitif terhadap situasi politik negara?
Inilah politik....dari toilet rumah hingga ke dapur dan terus ke bilik tidur.Dari pejabat hingga ke kedai kopi dan terus hingga ke rumah.Kita tidak boleh lari dari politik.Cubalah anda bernafas kawasan yang tiada politik..pasti udaranya tidak segar dan nyaman..percayalah...
Apakah kita perlu atau boleh menolak politik?Mgkn ramai yang berpendapat..alah..biarlah sapa yg memerintah,aku mcm ni jgk?biarlah sape yang jd PM, aku masih mcm ni...takde bezanya.
Mgkn secara sedar atau tidak..politik terlalu banyak memainkan peranan dalam hidup kita.
Dari kita celik mata hingga kita menutup mata untuk tidur,kita bergelumang dalam politik.
Kita tidak boleh menolak dan tidak berasa sensitif terhadap politik.Apakah kita tidak mahu mengambil tahu apa yang akan menetukan masa depan kita dan anak2 kita nanti..
Apakah sikap acuh tak acuh dan tak mengambil kisah ini akan memberi kesan yang baik kepada kita?KIta fikirkanlah..sekurang2 nye...kita mengundi setiap 4 atau 5 tahun sekali.Cukuplah...agar kita boleh membantu generasi kita atau anak2 kita nanti.
Cubalah kita lari dari ke satu tempat yang tiada politik..itupun jika anda faham apa politik itu sebenarnye...Apakah politik?Anda carilah sendiri hehehehhehee...