Thursday, July 31, 2008

Malam Pertama Di Kubur

Adakah kita bersedia menghadapi malam pertama di alam kubur?Malam yang akan menentukan apakah malam2 yg berikutnye malam2 di syurga atau malam2 seterusnye malam2 neraka...

Malam yang mana kaki dan tangan yang akan berkata2..malam yang tidak berguna kepada harta,kuasa,pangkat,saudara mara dan harta benda.Malam yang hanya dicahaya oleh amal soleh yang kita amalkan di dunia.

Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi semua ini?apakah kita boleh jangka bila malam itu akan berlaku?sedang kita asyik dengan kehidupan di dunia ini,bergembira bersama harta benda yang kita kumpulkan,bergembira disamping isteri,anak beranak dan sahabat handai..tiba2 malam berikutnye kita berada di malam pertama di alam baru..alam perantaraan di antara alam yang sementara dan amal yang kekal abadi.

Apakah sesudah nyawa sampai ke akhirnya kita sempat bertaubat?apakah sempat kita untuk membawa bekalan secukupnye?Apakah sepanjang kita hidup kita menurut dan menunaikan tanggungjawab kita kepadaNYA?Apakah kita benar2 menerima ISLAM sebagai cara hidup kita sepenuhnya?Apakah setiap makanan dan minuman yang kita masukkan ke dalam tubuh bdana kita dari hasil yang halal?Apakah setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ini perkataan yang tak pernah menyakiti hati orang lain,perkataan yang benar dan perkataan yang memuji ALLAH?

Terlalu banyak persoalan yang wujud untuk kita menghadapi malam itu?Apakah kita sudah bersedia?kita tanya diri kita sendiri..kita lihat persekitaran hidup kita..kita hitung sendiri amalan kita..kita ukur sendiri sejauh mana dalam dan kuatnye iman dan cinta kita kepada ALLAH dan RasulNYA.

Persoalan yang paling penting,APAKAH KITA SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR?

Monday, July 28, 2008

Puisi........

Wahai cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba
Si gagak hutan..
Sebelah mata pun tuan hamba tak perasan

Wahai cenderawasih...
Hamba tahu siapa diri hamba
Tidur tuanku beralaskan pintalan awan gemalan
Tidur hamba hanya menumpang di ranting hutan

Wahai cenderawasih
Minum tuanku air bertahta kenikmatan
Minum hamba hanya air hujan jatuh berderaian

Wahai cenderawasih..
Mana mungkin hamba bersama tuanku..
Memandang pun hamba tidak layak
Apatah lagi menatap wajah mu

Wahai cenderawasih..
Terbanglah tuanku tanpa halangan
Biarkan hamba hanya mengintai dalam kesamaran

Friday, July 25, 2008

Makan Bola Tidur Bola Minum Teh Ais

Aduhhh lambatnya EPl nie nak start..
Aduhhh lambatnya aku nak tgk bola...
Aduhhh lambatnya kick off akan bemula...
Dulu balik umah,dah siap2 plan nak mkn awal sbb ada bola live...
Sejak takde bola nie...ermmm balik siap rehat2 dulu..baring2 sambil melepaskan penat lelah membanting tulang..heheheehhehe
Aku dah tak sabar dah nie....eiiiiii cepatlah...cepatlah...eiiii lambatlah...
"sampai bila harus diriku begini oh kekasih" hehehehehe....lagu ukays tu best gak...
aduhhhh skrg nie ari2 asyik baca je psl berita bola...tapi tak bleh nak tgk bola...bola mmglah boleh tgk kat kedai sukan tu tapi tgk je wat pe...aku nak tgk permainan bolasepak secara langsung liga perdana inggeris kat astro..perlu ke aku nak cakap panjang mcm nie kan..ckp nak tgk bola,cukuplah kan..haaaa....haaaa.....haa.....
Tp tak sangka,permainan yg pembenci bola kutuk nie....ksonye berbillion2 pound...kalau convert ke RM..mak aihh korang kiralah ek...
Bayangkan lah..harga diri seorang player bola nie boleh mencecah usd100juta...murah gila harga diri diaorg nie...
Harga diri aku..ermm tak ternilai harganye...harga diri korang?korang jelah yg tau kan...
Tapi serius....manusia sanggup mengahbiskan berbillion ringgit utk bola nie...
Aku rasa aku pun ada menyumbangkan jgk secara tak langsung dlm berbillion ringgit tu..yelah...duit bayar astro tu dah brape kan..astro plak byr utk amik siaran tu dah berapa kan...brape plak team tu dpt utk hak penyiaran kan...membazir ke tak ek?ntah..pada aku yang penting..KEPUASAN....kalau kalah....KEKECEWAAN....
Tak lama lagi dah..sabar ek sabar.....tak lama lagi bermulalah kick off EPL..yahoooooo.....jom ramai2 tgk bola ARSENAL 4EVER....

Thursday, July 24, 2008

Kata kata indah...

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! Dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia.Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akalmengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa padaYang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit danrendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlahuntuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut pada ALLAH, maka ALLAH akan menggantikannya dengan Iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33) “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”

34) “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jikakebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

37)”Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38) “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

39) “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

40) “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik : Kepada ALLAH – KetakwaanKepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

42) “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

43) “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri : mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

44) “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

45) “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

46) “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47) “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”

48) “Ingatlah, sabar itu iman!!Duit bukan kawan!!Dunia hanya pinjaman !! Dan mati tak ber teman..”

49) “Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”

50) “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”

51) “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52) “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

53) “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.”

54) “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”

55) “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.”

56) “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.”

57)”Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58) “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

59) “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

60) “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

61) “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

62) “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.”

63)Adakala Kita Perlu Menangis Agar Kita Tahu Hidup Ini Bukan Sekadar Untuk Ketawa !!!Dan Adakalanya Kita Perlu Ketawa Agar Kita Tahu Betapa Mahalnya 'Airmata'...'

64)Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar... rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi

Monday, July 21, 2008

Salam perkenalan 2

Busan...ermm mcm2 org gambar kan dgn bosan nie
Selalu terdengar rengekan kawan2..keje pun busan..tak keje pun busan..apa agak sebenarnye busan nie...banyak keje pun busan,takde keje pun busan..ermm pelik kan
Aku pun tak pasti apakah tepat gambaran perasaan yang wujud dari suasana sekeliling ini...
Apakah benar2 aku dan mereka itu busan atau adakah hanya alasan untuk menggambarkan keadaan ini...tp tepat kah?hehehehe aku pun tak tahu...

Boleh tak kalau aku gunakan malas atau takde semangat tetapi terlalu negatif pula.Tapi yang pasti masih tidak tepat...mungkin sebenarnye tiada yang tepat utk menggambarkan keadaan aku dan mereka2 itu...

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi . Setuju ngan kata2 yg saya pinjam ini. Adakah busan juga termaktub dalam maksud dan makna kata2 ini.
Adakah busan adalah reaksi emosi?adakah implikasi busan itu seperti yang kita imaginasikan?
Mungkin ya dan mungkin tidak....tapi yang tahu hanya diri kita sendiri...

Friday, July 18, 2008

Salam Perkenalan

Busan...
sbb tulah aku menulis blog nie dgn harapan kebosanan nie akan terhakis