Saturday, February 7, 2009

perbualan anak2 skrg..

Masa dah berubah,suma mende dah berubah.Mcm2 mende dah berubah.Korang berubah? Berubah atau tidak,terpulang kepada kita.Tp cuba kita lihat keadaan sekeliling.Dulu masa aku mula2 smpi kat kl ni sekitar tahun 1995/1996 pas SPM..kl ni biasa je.MRR2 pun tak siap lagi.
Leceh gler masa tu.Skrg ni..suma dah lain.

Kalau kita lihat,bukan keadaan sekeliling yg berubah.Perbualan kita pun berubah.Mari aku persembahkan kepada korang contoh2nye:

Ketika berbual bersama kwn2.

Dulu...

Abu: Terasa bosan lah.Jom kita ke sungai memancing.Ko nak ikut tak?
Ali: Bosan jugak.Jomlah kita ke sungai.Kalau dpt ikan,best jugak.

Skrg:

Abu:siotlah..busan giler dowhhhh.Karok ada bra?Selam?
Ali:ek eleh.gua follow je.Tong2 jalan terus,Pas karok,kita layan aweks..

Dulu:

Abu:Hello,rahim..nanti kalau ko nak g mana,ajak aku skali
Rahim: ok.nanti ape2 aku call ko.

Skrg:

Abu:Alo bro..nanti nak g mana2,roger gua.
Rahim:No hal lah.Chow dulu.Adios.

Itu perubahan yg berlaku.Korang tgklah.Ni kalau sembang2 ngan kwn2.Ni satu lagi aku nak bagi contoh.

Ketika nak mengurat gadis.

Dulu..

Abu: Hi..saya Abu.Bleh berkenalan?
Gadis: Hi..ermmm arrr ermmm (malu2 kucing)

Skrg:

Abu:pheewitttt..bleh berkenalan?jgnlah sombong...alah..kentut pun busuk gak.
Gadis:kecoh arr mamat ni.Muka tak bleh blah,nak ngorat.Balik beli cermin lah woiiiii

Dulu..

Abu:Salam..saya Abu.Kerja kat PKNS.nama awak sape?
Gadis: Salam..saya Siti.Tak kerja,masih blajar.

Skrg...

Abu: Alossss....gua abu.Geng panggil gua,Bau.Gua rempit...nak ikut?
Gadis: Yo bro.aku Siti..geng aku panggil atie.Rempit..layan gak tu.Jom

Korang tgklah perubahan anak2 muda dr segi perbualan.Itu lum masuk bab baju lagi.lagi dahsyat.lagi ketat dan singkat.Ish ish..apalah nak jadi.

Thursday, January 22, 2009

betul ke?

Smlm aku ada terbaca satu artikel ni.So aku saje je nak share ngan sape2 yg sudi.Ke korang tak sudi?tak peduli,aku nak share gak

Ni dlm suratkhabar The Sun.Ntah sape2 suruh diaorg ni buat survey agaknya.Mengada-ngada betul.Korang suruh ke?aku tak penah suruh.Survey ni dibuat kepada 10ribu wanita.Sapekah wanita2 ni agaknye?

Tajuk survey ni setelah aku terjemahkan dlm BM "kriteria wajib sebelum lelaki itu dianggap kacak/hensem aka good looking

1) 23% mengatakan konfiden
Ye ke konfiden?.Burung pernah berkata "ku ibarat gagak di hutan,kau ibarat merak kayangan"
Burung pun tahu camne nak menilai.Dia yg 'putih' mmg tak konfiden lgsg nak ngorat merak. Bukan sbb jarak hutan dan kayangan tp sbb rupanya.

2) 26% mengatakan kebersihan
Ini aku setuju le.kalau dah bau tangkap..hehehehe..camne le nak ngorat.Tp kadang2 bau tangkap ini bukannye sengaja.Kalu pagi2 tu,walaupun dah gosok gigi tp tak sarapan or minum ape2 yg manis,pasti haruman kasturi jugak.Bagi yg penagih nikotin,xde masalah.Tp kalau gadis2 ni...perfume mmg byk sembur tp masalahnye tudung tu bau tangkap. So lain kali keringkan rambut sebelum pakai serkup ek.

3) 16% mengatakan Pemakaian
Ini sudah pastilah.Kalu selekeh camne nak ngorat.Tp kdg2 selekeh ni trend. Rambut serabai, baju kedut n jambang serabut tp kalau dah kacak,comel dan ditambah dgn ayat power pasti ada gadis yg cair.

4) 11% mengatakan Sasa(body tegap le kalau yg tak paham tu)
Heheheh..sasa?perlu ke sasa ni.Aku ni xde lah sasa tp ada je yg minat.Dah kawin dah pun. Bujang mungkin le sasa tp dah kawin , dah hilang dah sasa tu.Masa blajar dulu,mmg ramai yg sasa ni.Ada kawan aku tu,ari2 mkn telur mentah ngan madu.Mmg sasa.Hisap rokok pun urat2 terkeluar.Tp kalau kentut..perkhhhhh..mantap.

5) 7% mengatakan macho/lelaki yg teramat sgt/manly look
Ni yg aku tak paham ni.Mende ni general sgt. Ntah2 gadis2 ni tak paham agaknya makna macho tu.Kadang2 tu kalau dah minat,takde makna nye nak macho2 ni.

6) 7% mengatakan kulit cerah
Ermm tak jugak.Kalau gelap sikit apa salahnye.Hitam itu manis.Mcm manggis. Kalau suma nak yg cerah je,apa jadi ngan yg mendung tu. Dan utk peringatan bukan suma gadis cerah.

7) 3% mengatakan senyuman menarik.
Ini mgkn jugak kot tp nak menarik,gigi kenalah cantik.Kalau lelaki senyum menarik,perempuan kenalah sama gak.So sama2 kena gigi cantik.

Setuju atau tak, ini survey yg dia buat.Mgkn aku tersalah tafsir or tersalah paham ngan artikel ni. Mgkn korang boring or tak faham apa yg aku tulis ni.

Nota kaki:
Pecah kaca pecah gelas
Lepas pecah tolong kemas

Wednesday, January 14, 2009

Rindu tak?

Salam...
Lama dah tak menulis kat blog ni. Bukan apa..aku xde masa.Keje melambak(YM n FB) so mmg xde mase nak menaip.Idea plak xde.

Ada gak pemanggil2 misteri yg meminta aku untuk mengupdate blog aku ni.Sian diaorang. Bagi pembaca setia yg tahu menilai terima kasih aku ucapkan.Keapda yg hanya tahu mengutuk,hehehehe korang pasti tak pat nak kutuk aku dah.Korang nak baca...baca je.Nak kutuk?aku akan tapis dulu..hehehhee

Sensitif?xdelah.mana ada aku ni sensitif.Ada gak lah sikit2 sensitif(sifat jejaka idaman). Mana bleh xde langsung rasa sensitif.Aku kan manusia biasa.

Poyo?alah biasalah tu.Susah nak cari org tak poyo ni.Kalu tak byk pun,mesti ada gak sikitkan. kalau poyo,barulah ceria..Kdg2 tu bukannye poyo sgt,saje je nak poyo.

Mengarut?ye ke.tapi mengarut ni lagi bagus dari mencarutkan?ke korang rasa mencarut lagi bagus dr mengarut?

Ntah mende ntah ? mmg lah ntah mende ntah.Bukan ada apa2 isi pun.Saje je sekadar suka2. Ni bukan blog ilmiah dol.Agak2 lah kan.Aku bukannye ilmuan sgt nak tulis blog ilmiah ni.Tp ada gak sikit2 pengajaran dan sifat positif seperti kerjasama mcm WONDERPET tu. "..kami tak besar dan kami tak kuat,apa yg penting kerjasama...kerjasama.."(petikan dr citer WONDERPET)

Membuang masa? Mmg lah aku tulis blog ni sebab nak buang masa.Sbb nak tggu 530ptg.AKu tak pernah tulis blog di masa cuti dan di rumah.Semuanye ofis hour dol. Dah keje ngadap pc. Apa lagi aku nak buat.

Suka?suka ek..terima kasihlah pd yg suka.Suka blog je tau,jgn suka tuan dia plak.hehehehhee..

Letih nak baca?oklah..dah abis dah ni.Ok. Babai...Adios Carados..

+Go to hell Israel+Go to Hell Israel+

Monday, December 1, 2008

Kisah Sedihku....

Ya tuhanku...mengapakah terlalu berat dugaan yg Kau berikan padaku.Tak tertanggung rasanya.Namun aku sedar aku hanyalah....

Pada 25 Disember 1978,aku dilahirkan.Seingat aku,tiada deraian keriangan air mata ibu dan ayah disisiku. Kenapa ya tuhan?Adakah mereka tidak memerlukan aku.Apakah aku ini pembawa sial pada mereka.Jikalau itu,baik ko tarik saja nyawaku ini.

Aku hanya membesar di sebuah tempat yg kecil bersama teman2 senasib.Mereka juga sama.Terlalu daif utk mengenal erti hidup.Kami hanya diberikan sehelai pakaian yg sama. Mungkin sedekah dari mereka yg berhati mulia.Tapi tatkala itu,aku gembira.Aku bersyukur ke atas nikmat yg tuhan berikan ini.Cukuplah dgn adanya teman2 tanpa belaian kasih dan syg dari ayah dan ibu.

Tetapi,semua itu tidak lama.Belum sempat aku membesar,aku dibawa oleh penjagaku di suatu tempat yg baru.Tempat yg sederhana indahnya.Pada petang itu juga,sepasang suami isteri membawaku pulang.Aku gembira kerana diberikan pakaian baru sebelum mereka membawaku pulang.Cantik..berwarna warni dan berbunga.

Sampi sahaja dirumah,aku diberikan sebuah bilik kecil.Lengkap dgn katil,almari,meja dan sebagainya.Wahh bangga rasanya.Kehidupan inilah yg aku impikan.Aku ingatkan,aku tinggal seorang saja di bilik itu.Ternyata,ramalan ku tidak benar.Aku berkongsi bilik dgn anak mereka. Salman namanya.Aku tak kisah walaupun aku hanya tidur di atas meja.Tak apalah,asalkan Salman dan keluarganya melayan aku dgn baik.Aku diberikan sepenuh kasihsyg.

Terima kasih tuhanku kerana mengizinkan ku mengecapi nikmat hidup ini.

Segalanya berubah ketika aku mula ke sekolah bersama Salman.Salman dan kawan2nya memanggilku dgn nama gelaran yg pelik.Aku asyik diejek oleh kwn2 Salman.Steadler..steadler..berulang2 kali mereka mengejekku. Pelik nama itu tp aku tak peduli kerana aku diberikan peluang utk ke sekolah dan belajar seperti org lain. Ketika di dalam kelas,Salman ternyata berubah. Seperti sudah tiada kasih dan syg buatku.Ketika guru sibuk mengajar,Salman sibuk menggangguku.Badan ku asyik dicubit dgn kuat.Aku hanya mampu menangis. Sekali sekala,Salman,mengambil pisau lalu mengelar bdnku.Apakah dosaku padamu Salman.

kalau kau cemburu padaku,aku rela pergi dari kehidupanmu yg bahagia itu.Bukan niatku utk merampas kebahagianmu.Ya tuhanku.bantulah aku ini.hamba mu yg lemah ini.

Aapabila tamat waktu persekolahan,Aku masih bersama Salman.Wajahnya selamba seperti takde apa yg berlaku.Aku pun berdiam sendiri sepanjang perjalanan.Tetapi,apabila tiba di pertengahan jalan,Salman menolakku ke dalam longkang.Sakitnye hanya tuhan yg tau.Aku redha yg tuhan dgn dugaan ini.

Aku ditinggalkan sendirian,terbaring kaku,lemah dan tiada berdaya.Mgkn tiada siapa lagi yg kasihan ada diriku ini.Yg aku mampu,hanya menjerit2 meminta belas dan bantuan.Namun seperti tiada yg dengar jeritanku.Ya tuhanku..aku bersyukur pada dugaan berat yg kau kerniakan padaku.aku tidak menyesal kerana aku sempat menikmati secebis kasih syg dari keluarga angkatku dan Salman.

Apalah yg mampu aku lakukan kerana aku sedar aku hanyalah sebatang pensil Steadler.....

Sunday, November 30, 2008

Next please.....

Sape lagi pasni?Liverfool? hehehehhehee




Man U dah kena tembak dah...2-1, Chelsea pun dah kena 2-1 gak..pasni Liverfool lah kena plak hahahahahahahahahahahahahahahahhaa

Wednesday, November 26, 2008

Penempatan baru....

Di suatu petang yg hening, kelihatan dua teman baik sedang menyusuri sungai.

Kutu Air: Cik Tak,aku rasa baik kita pergi mencari penempatan baru?

Katak:Bgs gak idea ko tu, Cik Tu.Aku pun dah tak tahan dengan pencemaran sisa2 kilang dan tahi2 Cik Bi. Bilalah agaknye Karam Singh Walia nak laporkan di tv.

Kutu Air:Itulah Cik Tak,apa kata terus menyusuri sungai ini terus ke hulu.Manalah tau ada penempatan yg sesuai utk kita.

Maka dua sahabat itupun menyusuri sungai sambil2 melihat jika terjumpa penempatan yg sesuai bagi mereka.Sampi di hulu sungai...

Kutu Air: Cik Tak,ko nampak tak apa yg aku nampak.

Katak:Mana lah aku tau dowhhhh(Cik Tak lahir di KL so terpengaruh skit)

Kutu Air; Alah,ko nampak tu.Ada lubang kecil yg dipenuhi semak2 tu.Aku rasa tempat tu sesuai utk kita

Katak:O yg tu kah?Ngam sudah tu...So apa kata aku lepak kat sini dan ko pegi mengusya tempat tu

Kutu Air:Ok..Selam n jalan terus.

Kutu Air pun terus berjalan ke arah lubang kecil itu dan masuk.Kedaan lubang yg agak gelap dan kecil dipenuhi semak.Tp di dalamnya,keadaan lembab dan sejuk tapi tiada cahaya.

Selang beberapa minit,kelihatan Kutu Air berlari dgn cemas dan badannya dipenuhi cecair pekat kekuningan.

Katak: Apa kes ni Cik Tu.Kelam kabut je aku tgk ko ni.Wassup Bro?

Kutu Air: Aduhhh..tak sesuai tempat tu utk kita ni.Bahaya...

Katak:Ngape plak Cik Tu,aku tgk dr jauh mcm ok je

Kutu Air: Mula2 mmglah ok.Tp bila aku dah masuk td,tiba2 dtg ular besar .Ular ni pelik.Takde mata,kepalanye licin dan mulutnye lebar.Takut siottttt.

Katak:Mcm bahaya je ular tu.Lepas tu..citerlah lagi.Aku tgh excited ni.

Kutu Air: Pastu,yg peliknye,ular ni kuar masuk sambil cuba menggigit aku walaupun mulutnye tak terbuka.Dia patuk kanan,aku alih.Dia patuk kiri,aku kalih kanan.

Katak:Handal gak ko ni Cik Tu.Bagus ni kalau aku dpt belajar dari ko.

Kutu Air:Bagus kata ko..Bila ular tu tak dpt patuk aku,last2 dia ludah kat aku.Perkhhh dia punya bau.Masyhukkkkkk.Dah lah masyhukkk,pekat pulak tu.

Katak:Hebat gak ular ni.Ada senjata rahsia plak. Pastu...citer arr

Kutu Air:Pastu,ular tu pun keluar dan hilang ntah kemana.Bila aku tgk camtu,tu yg aku terus lari tu.

Katak:Aduhh nampaknye tak sesuai gaklah tempat tu utk kita.Ayuh lah kita mencari tempat yg baru.

Lantas,kedua sahabat baik tu pun beredar

Sekian

(dipetik dr 2 sahabat yg berada di alam alam khayalan kesan dari sayur-sayuran hijau dan segar)

Tak paham?Lu pikirlah sendiri.

Tuesday, November 18, 2008

ayah dan ibu...

Kerinduan....
Dah berkali2 aku try call tp tak pat..betul ke no ni ek? +966543199023..balik2 dgr suara pak arab ni...ntah mende dia ckp.

Apa agaknya mak ngan abah aku buat skrg ni...sihat ke diaorg?agak2nya skrg ni kat sana pkl brape?harap suma ok lah

Beg ni aku dah booking awal2 lagi..hehehhe


Beg ni xde sape nak booking lagi..hehehhee


Hensem tak?Cantik tak?Apa?gambar kecik sgt ek?OooOO korang tak perasan..xpe ni gambar besar skit






Cantik dan hensem kan.Nilah asal usul aku.

Couple of the year